Tuesday, February 24, 2009

Cuti Semakin Hampir!

Kepada semua pelajar yang akan pulang ke rumah masing beberapa hari sahaja lagi, kami mengucapkan selamat jalan dan semoga kalian selamat sampai ke destinasi yang bakal dituju dan selamatlah juga tiba di kolej semula pada tarikh yang anda sudah maklum. tidak kiralah mana destinasi anda sekalipunm, sampaikan salam kami yang mewakili MPP dan juga pihak kolej kepada keluarga anda.

Selamat Bercuti!

Saturday, February 21, 2009


For more widgets please visit www.yourminis.com

JUTAAN TERIMA KASIH


ALHAMDULILLAH!!!

MERAKAMKAN RASA SYUKUR KEPADA TUHAN PENCIPTA ALAM YANG CUKUP SEMPURNA BAGI HAMBANYA. BERSYUKUR JUGA KEPADA-NYA KERANA TELAH MEMBERI RUANG DAN KESEMPATAN KEPADA PELAJAR KOLEJ PROFESIONAL MARA HARI INI UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI EXPLORACE YANG PASTINYA MENINGGALKAN SERIBU KENANGAN DAN PENGALAMAN YANG TIDAK TERBELI.

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK. DARI JAWATAN KUASA KAMPUNG SEHINGGALAH JAWATAN KUASA AKTIVITI INI YANG TIDAK PUTUS-PUTUS BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN AKTIVITI INI SEHINGGALAH TAMAT. TIDAK DILUPAKAN KEPADA ORANG-ORANG KAMPUNG YANG BEGITU RAMAH MERAIKAN KEDATANGAN KAMI. KEPADA PIHAK KOLEJ, SOKONGAN DAN DORONGAN YANG DIBERIKAN AMATLAH KAMI HARGAI DAN KAMI MENGHARAPKAN SOKONGAN DAN DORONGAN INI BERKEKALAN.

Friday, February 20, 2009

Wednesday, February 18, 2009

Kepada Pelajar Lelaki!!

Mohon kerjasama daripada pelajar lelaki,
diharap anda tidak menghisap rokok didalam tandas pelajar lelaki. Kerjasama anda amatlah diharapkan agar dapat sama-sama menjaga kebersihan tandas kolej dari dicemari oleh puntung-puntung rokok yang bertaburan di lantai.

Sekian, harap maklum.

pemberitahuan

Perhatian!!!

Kepada semua pelajar, anda dinasihatkan agar tidak membeli tiket pulang ke kampung terlebih dahulu kerana segala kerugian tidak akan ditanggung oleh pihak kolej. Tarikh rasmi perpindahan ke Kampus KPMAM masih tidak diputuskan lagi oleh Tuan pengarah.
sekian harap maklum.

Arahan : Admin KPMM.

Tuesday, February 17, 2009

Aktiviti Terdekat

Pada: Sabtu
Tarikh: 21HB Februari 2009
Aktiviti: Explorace De Kampung Morten.
Anjuran: Exco Kebudayaan dan Kesenian,
Majlis Perwakilan Pelajar KPMM

makluman!

harap maaf!
blog ini masih dalam pembikinan.
kedatangan anda dialu-alukan.
segala kesulitan amatlah dikesali.


pena_admin

Monday, February 16, 2009

4 PERKARA TERSIRAT


4 alamat orang cerdik:

1. Berani menempuh bahaya

2. Pandai bermanis muka dengan musuh

3. Pandai melihat kesempatan

4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain
4 alamat orang beriman:

1. Meninggalkan maki

2. Menjauhi menyakiti hati orang

3. Lekas memberi ampun

4. Lama baru menjatuhkan hukuman
4 tanda orang berakal:

1. Cinta pada ilmu

2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji

3. Bagus jawabnya

4. Banyak benarnya
4 alamat orang rendah iman:

1. Membuka rahsia

2. Pendendam

3. Penggunjing

4. Memburukkan kawan
4 soal yang membawa keuntungan hidup:

1. Benar perbicaraannya

2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak bermoral

3. Baik budinya

4. Suka berterima kasih
4 mesti dijaga:

1. Teguh menjaga kehormatan

2. Redha menerima yg sedikit

3. Berbuat kebaikan setiap hari

4. Memelihara lidah


"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"
* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,

* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,

* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,

* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN,

* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"